BN menang besar di Johor, Pas tidak dapat apa-apa tapi kita berjaya gagalkan PH jadi kerajaan – Afnan

SIKAMAT – Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden mendedahkan perancangan strategik dan taktikal yang diguna pakai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang secara tiba-tiba mengisytiharkan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi calon Perikatan Nasional (PN).

Afnan memberitahu, penegesan Presiden Pas itu hanyalah berpaksikan satu tujuan utama iaitu untuk mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu-Islam dan demi menggagalkan Pakatan Harapan (PH) daripada terus jadi kerajaan.

“Satu perkara yang pelik. Orang bertanya kepada Presiden Pas, kenapa tiba-tiba di Johor Pas tiba-tiba isytihar waktu kempen, selepas penamaan calon, yakni Pas isytihar di kerusi yang Pas tidak bertanding, yang PN tidak bertanding, sokonglah calon daripada BN.

“Padahal dalam politik, biasanya mestilah kita nak menangkan kumpulan kita dan kita nak tewaskan parti lawan politik kita. Tetapi apa yang berlaku di Johor, arahan itu dibuat, penegasan itu dibuat, pendirian itu dibuat, tujuannya satu: untuk mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu-Islam dan tujuannya lainnya adalah untuk menggagalkan PH daripada terus jadi kerajaan.

“Alhamdulillah di Johor, rakan kita BN menang, bahkan menang bergaya dengan majoriti yang bertambah banyak sebelum daripada ini.

“Soalannya, apa yang Pas dapat? Apa yang PN dapat? Kerusi tak dapat. Menteri Besar, Exco, semua rakan daripada BN. Adakah kita kecewa? Tidak.

“Kenapa? Kerana politik bukan hanya tentang kerusi. Kenapa? Kerana politik bukan hanya tentang jawatan. Kenapa? Kerana politik bukan tentang habuan. Kamu dapat apa, kamu dapat berapa, kamu dapat di mana. Bukan, itu bukan politik,” tegas Afnan.

Menurut beliau, politik adalah tentang penyatuan, kedaulatan dan tentang pengetahuan.

“Apa maknanya berpolitik kalau Islam tidak ada kedaulatan? Apa maknanya berpolitik kalau orang Melayu, bangsa majoriti asal di sini tidak ada kedaulatan?

“Umpama seorang ayah di rumah, bagi arahan pada anak, suruh anak jangan buat itu, jangan buat ini, anak tak peduli. Itu ayah yang tidak ada kedaulatan. Pangkat sahaja ayah, tapi tak ada kedaulatan.

“Apa maknanya raja berdaulat, tapi orang tak hirau titah raja? Apa maknanya Sultan berada di atas, tapi ada parti politik di Malaysia ini yang menghina, membelakangi titah Sultan?

“Semua ini adalah perkara-perkara yang sedang berlaku sekeliling kita sejak mereka, PH memegang tampuk kekuasaan.

“ketiga-tiga calon dalam DUN Sikamat ini, Melayu. Politik tidak hanya melihat kepada seorang individu, tapi politik melihat kepada kumpulan yang mewakili ataupun individu itu mewakili kumpulan mana.

“Kalau saudara pilih calon daripada PH, siapa bos mereka? Siapa? (DAP) Siapa ketua PH yang mendominasi PH, siapa? (DAP) Siapa Abang Long Pakatan Harapan, siapa? (DAP) Siapa bagi arahan dalam PH, siapa? (DAP) DAP berdehem sahaja, terus mereka takut. DAP jeling mata, terus mereka takut,” dakwa Ahli Parlimen Alor Setar dalam ceramah ketika berucap dalam ceramah umum PRN Negeri Sembilan di Sikamat malam tadi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat