KJ patut ‘copy paste’ semangat dia pada Onn Hafiz

BATU PAHAT — Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil menyindir bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selepas beliau mendakwa manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanyalah manifesto “copy paste” daripada Barisan Nasional (BN).

Menurut Fahmi, daripada kenyataan dan tindakan Khairy sejak kebelakangan ini, bekas Menteri Kesihatan itu dilihat lebih aktif dan bersemangat mempertahankan serta berkempen untuk BN berbanding Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sehingga seolah-olah lebih bersedia untuk berdebat dengan calon PH, Mazli Malek.

“Saya lihat Khairy Jamaluddin seolah-olah berkempen lebih kuat daripada Onn Hafiz. Dan silap-silap Khairy Jamaluddin bersedia untuk berdebat dengan Mazli Malek.

“Jadi alangkah baiknya kalau Onn Hafiz mempunyai keupayaan, kewibawaan seperti Khairy Jamaluddin. Patut semangat Khairy Jamaluddin itu ‘copy paste’ pada Onn Hafiz,”
katanya ketika ditemui selepas program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Istana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Khairy bahawa manifesto PH mempunyai banyak persamaan dengan manifesto BN sehingga menyifatkannya sebagai sekadar “copy paste”.

Fahmi berkata dakwaan Khairy tidak mengubah hakikat bahawa PH tampil dengan tawaran sendiri kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau menegaskan perhatian kini lebih tertumpu kepada hakikat bahawa Khairy dilihat lebih agresif mempertahankan BN berbanding Onn Hafiz.

“Kalau ada yang patut ‘copy paste’, semangat Khairy itulah yang patut ada pada Onn Hafiz,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat