PRN Johor bukan medan perjuangan kepentingan individu — Fahmi

BATU PAHAT — Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil menyelar kenyataan Exco Pemuda UMNO, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, yang mengaitkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasan bapanya, Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan pilihan raya bukan medan untuk memperjuangkan kepentingan mana-mana individu.

Menurut Fahmi, rakyat keluar mengundi bagi menentukan masa depan Johor dan bukannya untuk memenuhi kepentingan atau agenda peribadi mana-mana pihak.

“Kita tak keluar mengundi untuk apa-apa perihal peribadi. Ini adalah untuk rakyat, untuk Bangsa Johor, masa depan negeri Johor.

“Jadi saya sedikit risau dengan kenyataan beliau itu, dan saya percaya ramai di kalangan rakyat yang dapat memahami apa yang perlu mereka lakukan,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Istana, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nazifuddin dilaporkan berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor akan menjadi isyarat bahawa rakyat mahu bapanya, Datuk Seri Najib Razak, dibebaskan.

Mengulas perkara itu, Fahmi berkata pilihan raya perlu dilihat sebagai wadah untuk rakyat membuat keputusan demi kepentingan negeri dan negara, bukannya dijadikan ukuran sokongan terhadap nasib mana-mana individu.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap undi yang diberikan rakyat membawa amanah besar untuk menentukan hala tuju Johor pada masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat