Pas enggan beri kerusi kepada Pejuang tanding di negeri SG4 bukannya Bersatu, Afnan, Fadhli jangan hipokrit – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Nampaknya kali ini Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bersetuju dengan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini berkata Pas ini ada DNA khianat dan cakap lain, buat lain.

Tun Faisal mendedahkan, pemimpin Pas tidak mahu memberi kerusi kepada Pejuang untuk ditandingi di negeri-negeri SG4 tertentu.

“Kenapa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MT PN) bersetuju untuk mengadakan ‘electoral pact’ untuk pilihan raya kali ini? Antara sebabnya, kerana dalam Mesyuarat MT PN, pemimpin Pas yang tidak mahu memberi kerusi kepada Pejuang untuk ditandingi di negeri-negeri SG4 tertentu.

“Bukan pemimpin Bersatu yang kata, jangan bagi Pejuang bertanding di negeri kami sebab negeri kami dah penuh. Bukan pemimpin Bersatu yang suruh Pejuang bertanding di Selangor, tetapi pemimpin Pas.

“Untuk mengelakkan pertikaian mengenai pembahagian kerusi, MT PN bersetuju agar ‘electoral pact’ dilaksanakan dengan parti-parti yang memohon untuk memasuki PN. Baru cakap mengenai Pejuang, pemimpin Pas sudah menolak mereka dari bertanding di negeri yang dikuasai Pas ke negeri lain yang Pengerusi PN bukan dalam kalangan pemimpin Pas.

“Ini belum lagi nak minta Pas berikan kerusi Pas kepada Pejuang. Kalau diputuskan dalam MT PN, jika Pas yang hendak menyokong kemasukan sesuatu parti ke dalam PN, maka Pas mesti mengorbankan kerusi mereka untuk parti tersebut, adakah Pas mahu? Kalau belum apa-apa pun dah reject Pejuang, halau dia bertanding ke negeri Selangor, apa lagi kalau Pas yang diminta korbankan kerusinya untuk parti-parti yang disokong Pas. Afnan Hamimi dan Fadhli Shaari tidak perlu hipokrit dan bersikap munafik sangatlah,” tempelak beliau dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Memperincikan perkara itu, Tun Faisal berkata, apa maksud mengadakan ‘electoral pact’? Adakah maksudnya ‘menolak kerjasama dengan parti-parti Melayu-Islam yang lain’ dan ‘menghalang agenda penyatuan ummah’?

“Inilah kebebalan pemimpin Pas Kluster Publika sehingga tidak faham bahawa ‘electroral pact’ bermaksud ‘MT PN bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti bukan anggota’.

“Apakah keputusan MT PN mengenai ‘electoral pact’? Keputusan MT PN seperti dalam kenyataan media Setiausaha Agung PN yang juga pemimpin Pas – “parti-parti bukan anggota ini boleh berunding dengan Jawatankuasa yang akan menentukan terma dan syarat-syaratnya.”

“Siapa yang tiba-tiba menghalang parti-parti bukan anggota PN untuk mengadakan ‘electoral pact’ dengan PN. Seorang lagi pemimpin Pas, iaitu Timbalan Presiden Pas, apabila dia mengatakan – “Tiada keputusan memperluaskannya kepada parti bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) seperti dicadangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk PRN Melaka.

““Isu ni tak pernah dibincang dalam mesyuarat rasmi dan kita hanya benarkan anggota bertanding dengan logo PN. “IPR ini bukan anggota PN, jadi macam mana kita nak benarkan? (Mereka) pun tak pernah mohon untuk jadi ahli komponen PN.”

“Tuan Ibrahim lupa agaknya kenyataan Setiausaha Agung PN/Pas, Takiyuddin Hassan yang dilaporkan oleh media – “Perikatan Nasional (PN) hari ini mengesahkan pihaknya terbuka untuk meneroka bentuk-bentuk kerjasama pilihan raya atau electoral pact dengan mana-mana parti dan mereka yang berkongsi prinsip dan wawasan yang sama.

“Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak yang menjadi rakan strategik PN tanpa menjadi parti komponennya juga perlu mempunyai minat yang serupa.”

“Sesama mereka pun tak faham apa yang mereka persetujui dan tak faham apa yang mereka kata. Lepas tu salahkan pihak lain,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat