Sah PAS dan Bersatu bercerai

KUALA LUMPUR – PAS secara rasmi mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada Isnin memutuskan untuk menghentikan hubungan politik antara kedua-dua parti.

Keputusan itu diumumkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan media bertajuk Kerjasama Politik PAS–Bersatu yang dikeluarkan pada 8 Jun 2026.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu yang telah mempertimbangkan aspek dasar, hukum dan maslahah berhubung kerjasama politik PAS berdasarkan prinsip penyatuan ummah.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini telah membuat ketetapan seperti berikut.

“Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS atas prinsip penyatuan ummah,” katanya.

Antara ketetapan utama yang diumumkan ialah PAS akan meneliti semula kedudukan serta hala tuju kerjasama politik PAS–Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa sebelum membuat keputusan untuk menghentikan kerjasama politik dengan parti itu.

Dalam masa yang sama, PAS turut mengumumkan hasrat untuk meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) yang baharu demi penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16.

Selain itu, parti berkenaan juga menyatakan kesediaan menerima penyertaan tokoh akademik, profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat ke dalam PAS.

Pengumuman tersebut menamatkan secara rasmi hubungan politik yang terjalin antara PAS dan Bersatu sejak pembentukan Perikatan Nasional (PN) pada 2020.

Setakat ini, tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Bersatu berhubung keputusan tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat