Anwar hargai komitmen BN, GRS dan GPS kekal bersama Kerajaan Madani sehingga tamat penggal

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan terhadap komitmen semua rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Madani untuk terus bersama sehingga tamat penggal pentadbiran.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata, komitmen ini dinyatakan oleh Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bahawa parti-parti tersebut terus kekal menyokong dan akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

“Ini sekali gus membolehkan Kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk menangani cabaran ekonomi,” katanya dalam sidang media pasca Kabinet pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat