UMNO NS tidak berubah pendirian terhadap Menteri Besar, isu bukan rebut jawatan – Bibi Sharliza

SEREMBAN — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid menegaskan pendirian ADUN UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan terhadap kepimpinan Menteri Besar kekal jelas dan tidak berubah.

Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan itu berkata, isu yang dibangkitkan bukan soal perebutan jawatan, “tebuk atap” atau percaturan politik, sebaliknya membabitkan keyakinan terhadap kepimpinan, keabsahan pentadbiran, tertib urus negeri, adat serta Perlembagaan Negeri Sembilan.

“UMNO tidak mencari jalan belakang. UMNO menuntut jalan yang betul.

“Apabila keyakinan terhadap Menteri Besar telah terhakis, penyelesaiannya bukan melalui tuduhan politik, bukan melalui spekulasi, dan bukan melalui kenyataan yang mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada 3 Mei.

Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata, UMNO dan BN Negeri Sembilan kekal menjunjung institusi Raja, menghormati adat negeri, mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri serta menjaga kestabilan rakyat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kestabilan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kepimpinan atau mengelak pertanggungjawaban.

Menurutnya, nama baik UMNO tidak tercalar apabila parti itu bersuara atas prinsip, sebaliknya akan tercalar sekiranya UMNO memilih berdiam diri ketika adat, Perlembagaan Negeri dan tata kelola pentadbiran dipersoalkan.

“Sehubungan itu, saya menegaskan pendirian kami: Junjung adat. Pertahankan Perlembagaan Negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat