AS jual 100 juta tong minyak Venezuela – Trump

WASHINGTON, – Amerika Syarikat (AS) menjual 100 juta tong minyak Venezuela setakat ini, kata Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami mempunyai hubungan yang baik dengan Venezuela. Sebanyak 100 juta tong minyak telah pun kami jual. Ia dihantar ke Texas. Ia diproses di Texas … Dalam tempoh sebulan akan datang, jumlahnya akan menjadi 100 juta lagi,” kata Trump pada satu forum di Florida.

Trump sebelum ini berkata Washington akan memperoleh ratusan bilion dolar hasil daripada penjualan minyak Venezuela.

Beliau memberi amaran kepada syarikat minyak Amerika bahawa sekurang-kurangnya US$100 bilion perlu dilaburkan di Venezuela dan menegaskan bahawa AS bersedia memproses minyak Venezuela.

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata pada Februari bahawa syarikat Rusia dipaksa keluar dari Venezuela selepas AS melancarkan serangan terhadap negara itu pada awal Januari, menangkap Presiden Nicolas Maduro dan isterinya serta membawa mereka ke New York.

Menurut beliau, larangan transaksi minyak Venezuela dengan Rusia, China, Iran, Korea Utara dan Cuba yang dikenakan oleh Jabatan Perbendaharaan AS merupakan diskriminasi secara langsung.

Di bawah perjanjian baharu antara AS dan Venezuela susulan perubahan kuasa di Caracas, hasil minyak sedang dikumpulkan dalam akaun yang dikawal Washington.

Setiausaha Tenaga AS Chris Wright turut menyatakan bahawa AS berhasrat untuk mengendalikan sendiri penjualan semua minyak yang dihasilkan di Venezuela. –  BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat