Tak puas hati jalan sesak akibat Solat Jumaat jadi punca lelaki bantah azan di Ampang – Polis Selangor

KUALA LUMPUR – Tidak puas hati jalan sesak akibat solat Jumaat menjadi punca utama seorang lelaki membuat petisyen bagi membantah azan di sebuah surau di Ampang, menurut polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati tindakan lelaki berusia 46 tahun itu bersifat individu dan tanpa pengaruh mana-mana pihak, lapor Kosmo.

Katanya, lelaki itu yang tidak bekerja dan bermastautin di Taman Suraya, Ampang sejak beberapa tahun lalu.

“Polis masih terus menjalankan soal siasat sekiranya wujud elemen-elemen lain. Ini kerana kita menjalankan siasatan pelbagai aspek dan sudut,” katanya memetik FMT pada Selasa.

Menurutnya, suspek yang masih dalam tahanan reman itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek ditahan di kawasan Pandan Indah pada Ahad lalu kerana ingkar titah Sultan Selangor berhubung pelaksanaan solat Jumaat dan azan di sebuah surau di Ampang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat