KUALA LUMPUR – Umno belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mendesak Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh parti di peringkat dalaman sebelum sebarang pendirian rasmi ditetapkan.
“Sama ada Umno mahu PRU awal, itu akan kita perbincangkan,” katanya memetik Umno Online pada Selasa.
Terdahulu, laporan antarabangsa memetik bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang menimbang kemungkinan PRU diadakan seawal suku ketiga tahun ini.
Bagaimanapun, perkara itu masih di peringkat awal dan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat oleh kerajaan.



