Pendirian Akmal tolak kerajaan ‘tebuk atap’ betul, Umno tak boleh dilihat hanya mahu kuasa – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR – Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh kenyataan dan prinsip yang dipegang Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh yang menentang keras kerajaan tebuk atap yang diusahakan di Negeri Sembilan ketika ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mengingatkan, Umno tidak boleh dilihat hanya mahukan kuasa dengan bertindak menebuk atap atau menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Pendirian Akmal Saleh menolak kerajaan “tebuk atap” adalah betul.

“Umno tidak boleh dilihat hanya mahu kuasa. Pendekatan ini boleh memulihkan kepercayaan rakyat.

“Prinsip jelas akan mengukuhkan kredibiliti dan keyakinan rakyat,” tegas Salleh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, hubungan antara BN dn PH harus diambil kira.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tegas menolak kerajaan tebuk atap.

Kata Akmal, beliau kekal dengan prinsipnya sejak dari dulu iaitu, untuk Umno tarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan dan jadi pembangkang yang bermaruah ataupun kita hadapi pilihan raya bukan dengan cara menubuhkan kerajaan secara tebuk atap.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat