Mufti Menk bakal gegar SICC 30 April, ribuan dijangka hadir ke “Mufti Menk Live in Sabah”

KOTA KINABALU,– Kota Kinabalu bakal menjadi tumpuan apabila penceramah antarabangsa terkenal, Mufti Ismail Menk dijadual tampil dalam acara bual bicara langsung “Mufti Menk Live in Sabah” di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 30 April ini.

Program yang bermula jam 7 malam itu membawa tema “Broken but Beloved” dan dijangka menarik ribuan hadirin dari seluruh Sabah serta luar negeri, sekali gus menjadikannya antara program inspirasi terbesar di Sabah tahun ini.

Menurut penganjur, Mufti Menk yang mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia dikenali kerana gaya penyampaian yang mudah difahami, menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan semasa.

Kupasan beliau lazimnya menyentuh isu cabaran hidup, ketahanan emosi, hubungan kekeluargaan serta pencarian makna kehidupan, yang dilihat relevan khususnya kepada golongan belia, profesional dan masyarakat umum.

Program itu juga dijangka diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Faridah Haji Tussin, selain pemimpin negeri, tokoh korporat dan anggota masyarakat.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Glocal Link (M) Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Faith Events dan Al Falah Team Solutions, yang berpengalaman menganjurkan program berskala besar bertaraf antarabangsa.

Penganjur memaklumkan bahawa program itu bertujuan menjadi wadah pembangunan diri secara inklusif dengan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana perkongsian ilmu dan refleksi positif.

Bertempat di pusat konvensyen utama negeri, acara itu akan menampilkan pengalaman yang disusun secara profesional dengan sokongan sistem audio visual berkualiti tinggi serta penglibatan rakan strategik seperti Bidaura, MARA Corporation, Weststar Aviation, SICC, Abang Aminn Travel & Tours Sdn Bhd dan Le Meridien Kota Kinabalu.

Tiket ditawarkan dalam empat kategori iaitu Gold berharga RM250, Silver RM150, pelajar IPTA/IPTS RM75 dan pelajar sekolah menengah RM50.

Dengan acara hanya berbaki kira-kira seminggu, pihak penganjur memaklumkan sambutan terhadap tiket amat menggalakkan dan tempat dijangka penuh dalam masa terdekat.

Orang ramai yang berminat disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan. Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh dibuat melalui laman sesawang Faith Events, manakala pertanyaan boleh diajukan di talian 013-8034593 atau 019-4404559.

Penganjur turut menyifatkan peluang untuk menyaksikan tokoh bertaraf global seperti Mufti Menk tampil di Sabah sebagai sesuatu yang jarang berlaku dan tidak wajar dilepaskan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat