Polis sedang siasat komplot jatuhkan kerajaan babitkan individu berpengaruh, agensi media

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis diterima semalam melibatkan dakwaan kerjasama antara seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Seksyen tersebut merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Maklumat lain tidak didedahkan.

Justeru, Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara pihak polis melengkapkan siasatan mereka.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini sementara proses pembuktian dilakukan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat