Tuduhan PN terima dana judi, Rafizi tanya Anwar mana bukti

KUALA LUMPUR, — Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli meneruskan serangan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengungkit dakwaan Anwar beberapa tahun lalu bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian.

Dalam podcast terbaharu beliau semalam, Rafizi berkata sesuatu tuduhan rasuah memerlukan elemen asas yang boleh dibuktikan, termasuk kewujudan pemberi dan penerima, jumlah wang serta bukti aliran kewangan yang menunjukkan berlakunya transaksi tersebut.

“Kalau kata Perikatan Nasional ambil duit judi, mana buktinya? Siapa beri, siapa terima, berapa jumlahnya, dan mana bukti wang itu masuk?” katanya.

Rafizi berkata prinsip yang sama perlu digunakan dalam semua kes rasuah tanpa mengira parti politik, termasuk dakwaan yang dibuat terhadap PN oleh Perdana Menteri.

Isu PN terima dana judi dilontarkan oleh oleh Anwar beberapa minggu selepas beliau menjadi Perdana Menteri pada awal tahun 2023. Beliau ketika itu mendakwa PN menerima dana daripada syarikat perjudian, dengan merujuk kepada peningkatan jumlah cabutan loteri ketika pentadbiran gabungan tersebut.

Mengulas perkara itu, Rafizi menegaskan bahawa tuduhan rasuah tidak boleh dibuat hanya berdasarkan persepsi atau dakwaan tanpa pembuktian yang jelas melalui siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata elemen rasuah memerlukan bukti konkrit seperti transaksi kewangan dan kaitan langsung antara pemberian wang dengan sesuatu keputusan atau tindakan rasmi.

Podcast tersebut turut menyentuh isu siasatan rasuah dan tuduhan terhadap Rafizi sendiri, yang beliau nafikan dan cabar supaya dibuktikan di mahkamah sekiranya benar wujud kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat