Van jenazah JAIS dah ‘tak angkut’ umat Islam ponteng puasa

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengenakan tindakan dengan ‘mengangkut’ pesalah menggunakan van jenazah disebabkan ponteng puasa.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, umat Islam yang tidak berpuasa akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19 (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

“Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan di bawah Seksyen 19 (b) berhubung tidak menghormati Ramadan.

“Tiada tindakan untuk ‘mengangkut’ pesalah dengan menaiki van jenazah,” lapor Harian Metro pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada orang ramai yang ditahan kerana tidak berpuasa seperti makan dan minum di tempat awam akan ‘diangkut’ menggunakan van jenazah.

Fahmi berkata, dari segi lokasi ‘hotspot’ atau titik panas individu yang tidak berpuasa, kebiasaannya ia berlaku di kedai makan terlindung dan tidak menjadi tumpuan orang ramai.

Beliau turut memberi contoh seperti di Petaling, sebanyak lima lokasi telah dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ yang biasanya dikunjungi kaki ponteng puasa.

Menurutnya, tiada ketetapan dibuat terhadap waktu operasi kedai makan di Selangor sempena Ramadan.

“Bagaimanapun mereka sebagai peniaga perlu menghormati bulan Ramadan.

“Kebiasaannya waktu munasabah penjual menjual juadah untuk berbuka puasa bermula sekitar jam 3 petang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat