YWM raih Cambridge Excellence Award For Waqf Fund Management In Malaysia 2026

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa, telah dinobatkan sebagai penerima Cambridge Excellence Award for Waqf Fund Management In Malaysia 2026 pada 9 Februari lalu di Inter Continental Hotel, Jeddah, Arab Saudi.

YWM dalam kenyataan berkata pengiktirafan ini memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Model Pengurusan Wakaf Terbaik dan menyaksikan kecemerlangan Malaysia dalam membangunkan sistem pengurusan dana wakaf yang profesional, telus dan berdaya saing dalam landskap pengurusan kekayaan Islam global.

“Ia juga mencerminkan kematangan institusi wakaf negara dalam menggabungkan prinsip Syariah dengan amalan tadbir urus dan pengurusan kewangan bertaraf antarabangsa.

“Anugerah ini bukan sekadar pencapaian institusi, malah merupakan pengiktirafan terhadap keseluruhan ekosistem Wakaf Malaysia yang telah melalui transformasi strategik ke arah model pengurusan dana yang berasaskan prestasi, kemampanan dan impak jangka panjang, ”kata kenyataan itu.

“Kejayaan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan berteraskan nilai, kesejahteraan sosial dan kemampanan.

“Dalam kerangka tersebut, wakaf berperanan sebagai instrumen ekonomi Islam yang menyokong pembangunan inklusif serta pengukuhan daya tahan komuniti, ”katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar, berkata anugerah ini sebagai pengiktirafan kepada seluruh gerakan wakaf negara.

“Anugerah ini bukan sekadar milik YWM tetapi merupakan pengiktirafan kepada keseluruhan sistem dan institusi wakaf Malaysia termasuk Majlis Agama Islam Negeri, rakan strategik kewangan, sektor korporat serta rakyat Malaysia yang terus menyokong pembangunan wakaf.

“Model Wakaf Malaysia telah mencapai tahap kematangan dan kredibiliti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, ”ujarnya.

“YWM telah memperkukuh pengurusan dana wakaf melalui strategi pelaburan Patuh Syariah, pembangunan aset berimpak tinggi serta kolaborasi strategik rentas sektor dan antarabangsa.

“Pendekatan ini memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rujukan dalam transformasi wakaf moden,”ujarnya lagi.

Tambahnya, YWM berhasrat untuk menjadi ‘waqf game changer’ yang memacu evolusi wakaf daripada instrumen tradisional kepada platform pembangunan ekonomi bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Melalui Cambridge Excellence Award 2026, Wakaf Malaysia terus diangkat sebagai model unggul dan progresif yang membuktikan keupayaan wakaf memberi manfaat menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat