“Orang buat kerja nak pecat buat apa, nak perasuah jaga”? – PM tolak desakan pecat Azam

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keras desakan yang menuntut Tan Sri Azam Baki dipecat daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pegangan saham dalam syarikat.

Tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan itu, desakan pecat Azam tiada asasnya memandangkan KP SPRM itu menjalankan kerja atas kapasitinya membanteras rasuah dengan baik.

“Orang buat kerja nak pecat buat apa? Nak ambik yang perasuah jaga?

“Baca penjelasan dia lah.

“Satu penyakit juga orang buat kerja KAMU maki buat apa? Wrong.

“Dengar penjelasan masing- masing,” kata Perdana Menteri, malam tadi.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan Azam dengan pemilikan saham dan waran bernilai jutaan ringgit dalam beberapa syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, Azam memaklumkan beliau tidak lagi memegang sebarang saham dalam mana-mana syarikat sejak Julai tahun lalu selepas melupuskan pegangan dalam Velocity Capital Bhd pada Julai 2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat