UM mula siasat dakwaan pensyarah kanan terkait Freemason, minta siasatan tak diganggu

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan di media sosial bahawa seorang pensyarah kanan di institusi tersebut mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason.

Dalam kenyataan Khamis, UM berkata pihaknya menyedari dakwaan berkenaan dan telah memulakan siasatan bagi mendapatkan pemahaman menyeluruh mengenai perkara itu.

UM turut memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan mengikut undang-undang serta peraturan dan tatacara universiti.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membenarkan proses siasatan berjalan tanpa gangguan dan mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan, bagi melindungi integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” tegas UM

Dalam pada itu, UM juga menegaskan komitmennya untuk memastikan perkara berkenaan ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Hantaran di media sosial mendakwa bahawa pensyarah berkenaan dan isterinya mempunyai kaitan dengan sebuah cawangan Freemason di luar negara.

Hantaran berkenaan menggambarkan pertubuhan itu sebagai tidak berlandaskan Islam dan mempersoalkan keputusan universiti melantik pensyarah berkenaan.

Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan berusia ratusan tahun yang berasal dari Eropah sekitar abad ke-16 hingga 18 dan terkenal dengan mesyuarat tertutup, ritual serta penekanan terhadap nilai moral dan kerja kebajikan

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat