KUALA LUMPUR, 11 Februari 2026 – Dalam dunia fesyen dan gaya hidup yang semakin dipengaruhi fenomena Hallyu, Pott Glasses tampil mencipta kelainan apabila menjadi jenama optometri pertama di Malaysia yang memperkenalkan analisis warna bertauliah sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penggayaan cermin mata mereka. Langkah strategik ini dimeterai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Color Convergence Lab (CCL) dari Korea Selatan, sebuah institusi penyelidikan warna terkemuka yang berpangkalan di Seoul.
Berbeza daripada sudut pandang fesyen semata-mata, inisiatif ini memperlihatkan bagaimana sains, psikologi warna dan optometri digabungkan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang lebih holistik dan diperibadikan.
Selama ini, pemilihan cermin mata sering tertumpu kepada dua faktor utama: keperluan preskripsi dan kesesuaian bentuk muka. Namun, Pott Glasses melihat potensi yang lebih besar – cermin mata sebagai sebahagian daripada identiti visual dan ekspresi diri seseorang.
Melalui konsep baharu yang dinamakan 5D Optical Styling, Pott Glasses menambah satu dimensi penting kepada pendekatan 4D mereka yang sedia ada. Jika sebelum ini empat dimensi tersebut merangkumi kuasa penglihatan (eye power), pekerjaan & gaya berpakaian, bentuk wajah dan tujuan penggunaan, kini elemen analisis warna diperkenalkan sebagai komponen kelima yang memperkukuh keseluruhan pengalaman.
Menurut Pengasas Bersama Pott Glasses, Tai Hau Aw, pendekatan ini membolehkan pelanggan bukan sahaja mendapatkan cermin mata yang sesuai dari segi fungsi, tetapi juga harmoni dengan tona kulit dan palet warna peribadi mereka.
Analisis warna yang ditawarkan adalah bertauliah dan menggunakan Carta Diagnosa Warna 20 Jenis yang dipatenkan oleh CCL, yang menilai tiga komponen utama warna: hue (rona), value (kecerahan) dan chroma (kepekatan). Hasilnya, pelanggan dapat mengenal pasti spektrum warna yang benar-benar menyerlahkan penampilan mereka.

Color Convergence Lab (CCL) bukan nama asing dalam bidang penyelidikan warna. Melalui pembangunan sistem H.V.C. Colour System oleh institut penyelidikan mereka, CCL telah menerajui kajian konvergensi imej warna yang menggabungkan elemen sains, seni dan persepsi visual manusia.
Dengan peningkatan populariti K-pop, K-drama dan trend fesyen Korea, tidak hairanlah pendekatan analisis warna peribadi yang berasal dari Korea kini mendapat tempat di Malaysia. Malah, statistik menunjukkan eksport barangan pengguna Korea ke Malaysia meningkat sebanyak 14.1% pada tahun 2025, mencecah USD810 juta – kadar pertumbuhan kedua tertinggi yang mengatasi Kanada dan Rusia. Pertumbuhan tahunan sehingga 20% dijangka berterusan bagi segmen ini.
Namun bagi Pott Glasses, kolaborasi ini bukan sekadar menunggang trend. Ia merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan standard warna yang lebih relevan dengan pasaran tempatan.
Pengasas Bersama, Eden Hoong, menjelaskan bahawa bersama CCL, mereka merancang untuk membangunkan piawaian analisis warna yang disesuaikan dengan tona kulit Asia Tenggara. Inisiatif ini dilihat sebagai asas kepada inovasi masa hadapan dalam industri fesyen dan optikal serantau.
Langkah strategik Pott Glasses ini hadir pada waktu yang tepat. Pasaran cermin mata Malaysia sedang menunjukkan momentum yang kukuh, dengan segmen bingkai cermin mata dijangka berkembang pada kadar CAGR 12.29% dari 2026 hingga 2033, mencecah nilai 20.69 bilion menjelang 2033.
Pertumbuhan ini didorong oleh beberapa faktor utama:
- Peningkatan pendedahan kepada skrin digital
- Populasi yang semakin menua
- Kesedaran yang meningkat terhadap kesihatan mata
- Permintaan terhadap cermin mata anti-silau dan fungsi khas
- Trend ke arah produk yang lebih diperibadikan dan bergaya
Dalam konteks ini, pengenalan analisis warna bertauliah memberi kelebihan kompetitif kepada Pott Glasses, terutamanya dalam kalangan pengguna muda yang mementingkan estetika dan keunikan gaya.

Selain itu, syarikat tersebut turut mengembangkan fokus ke pasaran presbiopia keadaan rabun dekat berkaitan usia yang lazimnya menjejaskan individu berumur 40 tahun ke atas. Pelancaran Multifocal Specialist by Pott Glasses bertujuan memenuhi keperluan segmen ini dengan penyelesaian penjagaan mata yang lebih diperibadikan.
Diasaskan pada tahun 2015 oleh dua sahabat zaman kanak-kanak, Tai Hau Aw dan Eden Hoong, Pott Glasses bermula daripada inspirasi Tai Hau selepas lawatannya ke Eropah. Di sana, beliau melihat bagaimana cermin mata bukan sekadar alat bantuan penglihatan, tetapi juga simbol gaya dan personaliti.
Daripada sebuah startup kecil, Pott Glasses kini berkembang menjadi jenama optometri yang berpengaruh di Malaysia, dengan pertumbuhan CAGR sebanyak 73% dari 2021 hingga 2024 – satu pencapaian yang mencerminkan penerimaan pasaran terhadap pendekatan inovatif mereka.
Dengan lebih sedekad pengalaman dalam industri optikal, Pott Glasses terus komited untuk mentransformasikan pengalaman membeli cermin mata daripada transaksi biasa kepada sesi konsultasi gaya yang berasaskan sains dan personaliti.
Inisiatif memperkenalkan analisis warna bertauliah ini menandakan peralihan paradigma dalam industri optometri tempatan. Ia memperlihatkan bagaimana jenama tempatan mampu menggabungkan kepakaran antarabangsa dengan pemahaman mendalam tentang pengguna Malaysia.
Dalam era di mana personalisasi menjadi keutamaan, pendekatan 5D Optical Styling oleh Pott Glasses membuktikan bahawa masa depan cermin mata bukan lagi sekadar tentang melihat dengan jelas tetapi juga tentang dilihat dengan penuh keyakinan dan gaya yang autentik.



