Dasar Industri Pertahanan pelaburan jangka panjang demi kedaulatan negara – Khaled

KUALA LUMPUR – Setiap peruntukan pertahanan mesti menjadi pemangkin kepada kekuatan industri tempatan dan jaminan kelangsungan rantaian bekalan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin berkata, Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) diluncurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai isyarat jelas komitmen Kerajaan Madani untuk membina industri pertahanan yang berdikari, berdaya tahan dan diyakini.

“Satu hari yang cukup bersejarah untuk pertahanan negara. DIPN lahir daripada kesedaran bahawa keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada pihak luar.

“Atas prinsip ini, sekurang-kurangnya 30 peratus ‘local content’ ditetapkan dalam perolehan pertahanan, disokong pemerkasaan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO), serta pemindahan teknologi yang benar-benar berimpak melalui Program Kerjasama Industri (ICP),” katanya.

Menurut Khaled, melalui DIPN, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dipacu secara lebih tersusun dengan kolaborasi strategik industri, termasuk pelancaran Portal Industri Pertahanan sebagai wadah padanan teknologi dan pembangunan keupayaan nasional.

“Pelancaran hari ini turut membuka lembaran baharu dengan permulaan 7 Projek Pertahanan Nasional, merangkumi keupayaan satelit pertahanan, sistem laser, platform kenderaan darat nasional, MRO dan pembuatan sistem persenjataan, radar pasif, ‘loitering munition’ serta simulator pertahanan.

“DIPN adalah pelaburan jangka panjang demi kedaulatan, keselamatan dan masa hadapan negara, ke arah pertahanan Malaysia yang lebih kukuh. Insya-Allah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat