KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang tegas mengingatkan rakyat Malaysia yang enggan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya tidak tinggal di negara ini.
“Daulat Tuanku! Terus kat muka yang sembang nak iktiraf UEC.
“Kalau tidak terima bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia, daulat Tuanku,” ulang Adun Merlimau itu.
Sultan Ibrahim bertitah, “jika nak buat sistem pendidikan baharu ia mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti jadi bahasa utama kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan.
“Sebarang usul mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti terima Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Kalau ada yang tidak terima, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, DAP akan meminta pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan pengiktirafan UEC.



