Hari terakhir Dr Akmal sebagai Exco Melaka

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Akmal Saleh mengumumkan hari ini merupakan hari terakhir beliau menjawat Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Menurut Adun Merlimau itu, jawatan dan pangkat hanyalah sementara.

“Hari yang terakhir saya di pejabat Exco kerajaan negeri Melaka, moga kita bertemu lagi.

“Jawatan dan pangkat hanyalah sementara, tetapi maruah dan prinsip kekal selamanya,” ujarnya.

Dr Akmal membuat keputusan melepaskan jawatan itu sebagai menyahut desakan pemimpin DAP yang sebelum ini menuntutnya mengambil pendirian sedemikian, susulan gesaan supaya Umno menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Dr Akmal berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai Exco (kerajaan negeri) berkuat kuasa minggu depan. Tapi kalau ada orang cakap dengan saya, saya lari daripada perjuangan (Pemuda Umno), tidak sama sekali saya tinggalkan Pemuda Umno.

“Bagi saya, jawatan dalam kerajaan tidak penting, tapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi ini,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 yang berlangsung hujung minggu lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat