Shahidan, Annuar Musa kalau tak jadi calon Pas kembalilah ke Rumah Bangsa – pelawa Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi membuat pelawaan terbuka kepada Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa supaya kembali ke pangkuan Umno sejurus penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

“Kepada Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa, kalau Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti tidak dicalonkan oleh Pas, marilah kembali ke pangkuan Rumah Bangsa Umno,” pelawa beliau.

Bukan cuma itu, Puad juga menjemput kepulangan ahli-ahli Parlimen Bersatu kembali bertaut di bawah payung asal mereka iaitu Umno.

“Dalam ucapan dasar, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan ditubuh Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

“Matlamatnya ialah untuk menerima kemasukan semula sesiapa sahaja secara individu atau pun en bloc ke rumah bangsa ini.

“Semoga rakan rakan ahli Parlimen daripada Bersatu kembalilah kepada rumah Umno secara en bloc.

“Kita juga berharap tiga Adun Pas di Perlis yang dipecat jom sama sama menyertai Umno. Jangan bimbang Umno parti yang memperjuangkan Islam,” ujar beliau memberi keyakinan.

Zahid sebelum itu berkata, bekas pemimpin dan ahli Umno yang pernah meninggalkan parti itu berpeluang kembali menyertai perti berkenaan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

Presiden Umno itu berkata, jawatankuasa berkenaan berperanan sebagai platform rasmi menerima kemasukan semula ahli secara individu mahupun secara berkumpulan.

“Pintu rumah bangsa ini sentiasa terbuka luas. Di sini kita dilahirkan, dibesarkan. Di sini juga kita mengadun erti perjuangan.

“Bagi menyambut kembali kepulangan saudara-saudara, adik-beradik dan ahli keluarga kita, Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan ditubuhkan bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, baik secara individu atau secara ‘en bloc’ (berkumpulan),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat