UPSR, PT3: KPM akan dengar dulu permintaan ibu bapa tahun ini sebelum dibentang ke Kabinet – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kajian bagi mengadakan semula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan pada tahun ini sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dalam kajian tersebut kementeriannya turut mendapatkan input dan permintaan daripada ibu bapa disamping impak terhadap pentaksiran yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Pentaksiran (berasaskan bilik darjah) dilaksanakan sekian lama, ada kesannya kerana ia memberi penumpuan kepada pentaksiran secara holistik. Yang kita hendak kaji adalah dari segi kita mendengar permintaan ibu bapa dan apa yang kita laksanakan ketika ini.

“Sebab itu, saya minta beri kita sedikit masa dan akan memberi penjelasan kepada masyarakat selepas kajian secara menyeluruh dilaksanakan dan kita akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri,” katanya di Shah Alam lapor Utusan selepas merasmikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent, Elmina.

Media melaporkan cadangan Kementerian Pendidikan mengembalikan peperiksaan awam UPSR dan PT3, wajar dalam menangani kelemahan sistem penilaian pendidikan sedia ada.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan memberitahu, situasi tanpa peperiksaan nasional yang bersifat piawaian menyukarkan penilaian prestasi pelajar secara adil dan telus.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat