Status MIC Dalam BN Akan Diputuskan Januari Depan, Kata Zahid

CYEBRJAYA – Status keanggotaan MIC dalam Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun tidak termasuk dalam agenda Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang akan diadakan pada Januari ini.

“Perkara ini tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan agung kerana status UMNO dan MIC adalah sama dalam Barisan Nasional. Kita akan mengadakan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Januari tahun depan dan ketika itu keputusan akan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana, hari ini.

Menurut laporan Bernama, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan kedudukan MIC perlu dibuat melalui saluran rasmi BN dan bukan melalui perhimpunan parti komponen.

Sebelum ini, media melaporkan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripada BN.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran, dilaporkan berkata bahawa ketiga-tiga usul yang dibentangkan, termasuk cadangan untuk keluar daripada BN, telah diterima dan diserahkan kepada kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti untuk penelitian lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat