Jerry Ambuting bukan lagi Ahli Kehormat RELA

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengambil maklum laporan berita dalam talian yang memetik kenyataan individu yang mengaku sebagai Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat RELA Sabah iaitu Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, sepertimana yang telah disiarkan pada 8 Disember lalu melalui The Borneo Post bertajuk ‘RELA Sabah: PM’s Pledge Not Remain Mere Politic Rethoric’.

Selain itu, dalam Sabah News Today bertajuk ‘Kerajaan Persekutuan digesa tunai janji 40 peratus (%) hasil Sabah tanpa lengah’.

RELA dalam kenyataannya berkata berdasarkan semakan rekod rasmi, penganugerahan Jerry Ambuting sebagai Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu RELA (AKBR) yang diberikan pada 22 Januari 2011 telah tamat tempoh pada 22 Januari 2014.

“Keahliannya tidak pernah diperbaharui atau dianugerahkan semula selepas tarikh tersebut dan RELA menafikan bahawa individu berkenaan masih memegang status Ahli Kehormat dan AKBR.

“Tindakan beliau menggunakan nama RELA bagi mengeluarkan kenyataan peribadi tiada kaitan dengan pihak jabatan, ”katanya.

“RELA menegaskan bahawa tiada mana-mana individu atau pihak luar boleh mengeluarkan kenyataan media atas nama jabatan tanpa kelulusan pengurusan tertinggi, ”ujarnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat