Setelah dirawat, akhirnya penyu lipas dilepaskan kembali ke habitat asalnya

Oleh Zihan Zari

TELUK BAHANG – Seekor penyu lipas (Lepidochelys olivacea) betina yang mengalami kecederaan parah di bahagian sirip dayung kanan hadapan, terbelit pada pukat hanyut nelayan di perairan Tanjung Tokong telah dilepaskan kembali ke laut dekat sini baru-baru ini.

Pelepasan penyu itu telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak setelah menjalani proses pemulihan selama setahun, apabila diselamatkan oleh nelayan tempatan dan diserahkan kepada Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut (PKPP) untuk rawatan dan pemulihan.

Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Hj. Adnan Hussain berkata proses pemulihan telah dibantu oleh kakitangan PKPP, Jabatan Perikanan Pulau Pinang, serta pihak Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang, Terengganu, ”katanya dalam kenyataan.

“Pelepasan ini menandakan kejayaan usaha pemuliharaan dan komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam memastikan kelestarian spesies penyu lipas di negara ini.

“Setiap penyu yang dilepaskan adalah bukti nyata kejayaan kerjasama antara komuniti nelayan dan pihak berkuasa, ”katanya lagi.

“Sejak tahun 2021 hingga 2025, sebanyak 15,485 ekor anak penyu telah berjaya dilepaskan.

“Di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 78,394 ekor penyu telah berjaya ditetaskan dan dilepaskan. Aktiviti konservasi ini turut menarik minat pelawat, dengan PKPP Pantai Kerachut menerima seramai 36,353 pelawat sehingga Oktober 2025, terdiri daripada 24,392 pelawat tempatan dan 11,961 pelawat antarabangsa,”ujarnya.

“Selain itu, PKPP telah melaksanakan pelbagai taklimat pendidikan, program kesedaran awam, dan aktiviti sukarelawan sepanjang Januari hingga Oktober 2025,”ujarnya lagi.

Tambahnya, DOF akan terus memperkukuh usaha pemuliharaan penyu melalui kerjasama strategik bersama komuniti setempat, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan, bagi memastikan kelestarian populasi penyu dan ekosistem marin negara dapat dipelihara untuk generasi akan datang.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat