100 ahli BN keluar parti sertai GRS

KOTA KINABALU – Satu tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) apabila seramai 100 ahli parti itu mengumumkan meninggalkan parti tersebut dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Akaun Facebook Kemabong Makmur dalam hantaran pada Rabu memaklumkan, tindakan ini didakwa menunjukkan bukti bahawa rakyat semakin yakin dengan kepimpinan GRS yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor bersama calon yang akan diangkat sebagai Adun N.43 Kemabong iaitu Datuk Rubin Balang pada 29 November 2025 ini.

“Rakyat Kemabong harus sedar GRS kini berada dalam landasan yang betul dalam menerajui negeri Sabah selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Mari teruskan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” serunya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat