KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Berhubung tuduhan yang timbul, Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
“Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya.
Menurut beliau, Kerajaan Madani kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.



