Rahman Dahlan berundur tanding Tempasuk beri laluan muka baru, anak jati

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan pengunduran beliau daripada pencalonan di DUN Tempasuk kerana ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti Umno di DUN Tempasuk.

“Saya telah memaklumkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi, mengenai hasrat saya untuk tidak meneruskan pencalonan saya untuk DUN Tempasuk.

“Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti Umno di DUN Tempasuk.

“Saya telah bertanding tiga kali di Parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, Umno tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Timbalan Ketua Umno Sabah itu juga percaya percaya anak tempatan dari Umno Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang.

“Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti dan Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri yang telah mengumumkan pencalonan saya pada 9 November yang lalu.

“Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong Umno di DUN Tempasuk atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat