KOTA KINABALU – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.
Bagaimanapun, setakat pengumuman terkini, parti itu hanya menamakan 29 calon yang akan membawa panji STAR di pelbagai kawasan di seluruh negeri.
Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, mengumumkan senarai berkenaan dalam satu majlis di Kota Kinabalu sebentar tadi. Beliau turut memaklumkan bahawa baki calon akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Antara calon yang diumumkan ialah Dr Jeffrey sendiri yang akan mempertahankan kerusi N39 Tambunan, manakala Timbalan Presiden STAR, Datuk Mohd Ishak Ayub, akan bertanding di N40 Bingkor.
Berikut senarai penuh 29 calon STAR yang diumumkan setakat ini:
N2 Bengkoka – Maklin Masiau
N6 Bandau – Shirewin D. Patrick
N7 Tandek – Datuk Arlinsia Agang
N8 Pintasan – Raplin Samat
N9 Tempasuk – Walter Mark Mukis
N10 Usukan – Mohd. Lin Hj Harun
N14 Tamparuli – Jinitoh Sontori
N15 Kiulu – Terence Sinti
N16 Karambunai – Datuk Stephen Teo
N18 Inanam – Datuk Kenny Chua Teck Ho
N20 Api-Api – Ting Shu Kiong
N23 Petagas – Annita Shiela F. Among
N25 Kapayan – Bernard Logijin
N28 Kawang – Beverley Natalie Koh
N31 Membakut – Adrian Lajim
N35 Sindumin – Moktar Matussin
N37 Karanaan – Mohd Anuar Abdul Ghani
N38 Paginatan – Pedderin @ Feddrin Tuliang @ Tuling
N39 Tambunan – Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan
N40 Bingkor – Datuk Mohd Ishak Ayub
N41 Liawan – Augustine A. Nain
N42 Melalap – Alviana Linus
N43 Kemabong – Hasmin @ Azroy Abdullah
N44 Tulid – Datuk Evaritus Gungkit
N45 Sook – Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut
N60 Tungku – Suling Isib
N66 Bugaya – Mohd Taha Mohd Dara
N67 Balung – Chee Kheng Moi
N69 Sri Tanjong – Datuk Fung Len Fui
STAR yang kini bergerak sebagai parti bebas tanpa berada dalam mana-mana gabungan utama selepas keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat mahu membina kekuatan sendiri menjelang PRN kali ini.
Menurut Dr Jeffrey, pengumuman baki calon akan mengambil kira keseimbangan antara muka lama dan baharu, serta wakil daripada pelbagai kawasan etnik dan geografi di Sabah.



