Sentuhan Prihatin pasukan pengurusan MR D.I.Y. turun padang hulur bantuan kepada Home of Hope

Sumbangan bukan hanya tentang jumlah yang diberi, tetapi juga tentang keprihatinan yang mengiringinya. Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh MR D.I.Y. Group dan Yayasan MR D.I.Y. apabila pasukan pengurusan tertinggi mereka sendiri turun padang untuk membeli keperluan asas dan menyalurkannya kepada golongan yang memerlukan.

Dengan memanfaatkan peruntukan Penghargaan SARA: Bantuan Tunai Sekali Bayar RM100, pihak pengurusan MR D.I.Y. melakukan aktiviti membeli-belah di MR D.I.Y. Taman Maluri. Setiap ahli kumpulan diberi RM100 bukan untuk diri mereka, tetapi untuk memilih barangan harian yang boleh membawa sedikit keringanan kepada insan lain.

Hasil usaha itu, hampir 600 barangan keperluan bernilai RM3,000 berjaya dikumpulkan. Antaranya beras, susu, tepung, minyak masak, makanan dalam tin, biskut dan barangan kegunaan harian. Semua barangan tersebut diserahkan kepada Home of Hope, rumah transit bagi kanak-kanak pesakit kanser di Chow Kit.

Namun, apa yang menjadikan inisiatif ini istimewa bukan hanya jumlah barangan yang disumbangkan tetapi penglibatan peribadi pihak pengurusan. Mereka tidak hanya memberi, tetapi memilih barangan sendiri, mengangkat, membungkus dan menyerahkan bantuan tersebut secara langsung. Tindakan kecil yang membawa mesej besar: setiap orang boleh membuat perubahan, walaupun hanya dengan RM100.

“Kami ingin menunjukkan bahawa memberi tidak semestinya dalam bentuk angka yang besar. Ia tentang tindakan dan niat” kata Adrian Ong, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin menekankan bahawa program ini membuktikan bagaimana bantuan yang disusun dengan baik mampu memberi kesan kepada komuniti yang memerlukan, bukan sekadar sementara tetapi dalam bentuk sokongan emosi dan solidariti.

Sebagai peruncit sah di bawah inisiatif MyKasih, MR D.I.Y. membolehkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menggunakan MyKad mereka untuk membeli keperluan asas di 125 cawangan terpilih. Dengan langkah ini, bantuan kerajaan menjadi lebih mudah diakses dan praktikal untuk penerima.

Apa yang berlaku hari ini bukan hanya aktiviti CSR biasa. Ia adalah simbol bagaimana syarikat boleh memainkan peranan dalam memupuk budaya empati dalam masyarakat.

RM100 mungkin kelihatan kecil tetapi bagi seseorang, ia boleh mengisi rak dapur kosong, menambah senyuman pada wajah anak, atau memberi semangat baharu dalam perjuangan melawan penyakit.

Dan apabila tindakan itu datang bersama perhatian, masa dan sentuhan insan nilainya tidak dapat diukur dengan angka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat