Perjalanan Politik Wan Ahmad Fayhsal Tidak Konsisten, Berasaskan Kepentingan Peribadi – ADUN Kuah

LANGKAWI, – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak memerlukan nasihat daripada mana-mana pihak yang bersikap oportunis politik dan sanggup menggadai prinsip demi kepentingan peribadi, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, YB Amar Pared Mahamud.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dan podcast oleh YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (WAF) selepas digantung keahlian daripada parti baru-baru ini.

“Tindakan dan kenyataannya jelas memperlihatkan niat jahat serta agenda peribadi terhadap parti. Ia menyerlahkan sikap oportunis politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amar Pared, perjalanan politik Wan Ahmad Fayhsal menunjukkan corak tidak konsisten dan berasaskan kepentingan peribadi. Beliau mendakwa, selepas Langkah Sheraton, Wan Ahmad Fayhsal meninggalkan Syed Saddiq bekas mentornya di Kementerian Belia dan Sukan sebelum dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri oleh Presiden parti ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau lagi, ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, Wan Ahmad Fayhsal turut melobi untuk bertanding di beberapa kerusi Parlimen “selamat” termasuk Bagan Serai sebelum akhirnya memilih Machang.

“Selepas menang, beliau meninggalkan Bahagian Titiwangsa dan berpindah ke Machang, namun tewas dalam pemilihan bahagian yang lalu,” katanya.

Amar Pared turut menuduh Wan Ahmad Fayhsal gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua ARMADA Nasional apabila tidak menyerahkan daftar perwakilan menjelang pemilihan parti, selain didakwa cuba memanipulasi proses tersebut melalui penyusunan perwakilan “hantu”.

“Individu seperti Wan Ahmad Fayhsal tidak mempunyai asas moral mahupun kredibiliti untuk mengulas tentang BERSATU, apatah lagi untuk mengkritik kepimpinan Tan Sri Muhyiddin yang telah berjasa menaikkan beliau,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan BERSATU terletak pada perpaduan seluruh ahli di bawah satu kepimpinan yang sah dan berwibawa, bukannya individu yang memperalatkan parti untuk kepentingan diri.

“Hipokrasi dan kepura-puraan tidak akan mampu disembunyikan selama-lamanya. Tiada individu yang lebih besar daripada parti,” katanya lagi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat