Najib tidak pengaruhi lembaga 1MDB dalam keputusan pengambilalihan aset tenaga – Peguam bela

KUALA LUMPUR, – Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mempengaruhi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam membuat sebarang keputusan berhubung pengambilalihan aset tenaga, demikian hujah pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam bela, Hasnal Rezua Merican berkata, dakwaan bahawa Najib menyalahgunakan kedudukannya dalam keputusan meluluskan dua pemerolehan utama Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. dan Mestika Legenda Sdn. Bhd. adalah tidak berasas.

Beliau menjelaskan bahawa rancangan pemerolehan aset tenaga itu bukan arahan langsung daripada Najib, sebaliknya merupakan sebahagian pelan strategik 1MDB sejak 2010 yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bagi menjadikan 1MDB pemain utama industri tenaga nasional.

“Datuk Seri Najib tidak mengarahkan lembaga 1MDB. Beliau hanya meminitkan supaya cadangan itu dikaji dan dirujuk kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk penelitian lanjut,” katanya semasa hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Menurut Hasnal, sebelum tarikh pertuduhan pada 9 Februari 2012, pengurusan 1MDB telah pun mengambil beberapa langkah awal.

Pada 3 Februari 2012, Shahrol Azral mengarahkan setiausaha syarikat 1MDB mengeluarkan notis “Special Board Meeting” bagi membincangkan bidaan memperoleh saham majoriti dalam Tanjong Energy Holdings, yang dijadualkan berlangsung pada 8 Februari.

Namun, sehari sebelum mesyuarat itu, pada 7 Februari 2012, firma antarabangsa Goldman Sachs menulis kepada Shahrol Azral mengesahkan pelantikan mereka sebagai penasihat kewangan rasmi 1MDB dalam urusan pengambilalihan tersebut dengan yuran perkhidmatan sebanyak RM53 juta.

“Siapa yang melantik Goldman Sachs pada 7 haribulan? Bukan lembaga, tetapi Shahrol Azral sendiri sebagai CEO. Maka jelas, tindakan pengurusan mendahului keputusan lembaga pengarah,” ujar Hasnal.

Beliau menegaskan, fakta tersebut membuktikan tiada bukti Najib mempengaruhi lembaga 1MDB, sebaliknya semua urusan dijalankan oleh pihak pengurusan sebelum sebarang dokumen ditandatangani secara formal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat