Putin akan sahkan hadir Sidang Kemuncak ASEAN hari ini – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden Russia Vladimir Putin dijangka akan memutuskan kehadirannya di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jemputan telah dihantar dan Putin ada menyatakan minat untuk hadir namun buat masa ini, secara rasminya hanya Timbalan Perdana Menteri Russia yang akan datang.

“Beliau memberitahu saya di Beijing bahawa beliau akan mempertimbangkannya secara serius (jemputan ke Sidang Kemuncak ASEAN) namun buat masa ini, beliau menghantar Timbalan Perdana Menteri (Russia).

“Kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang,” katanya ringkas sewaktu menjawab soalan pemberita di Forum Ilmu PNB 2025 lapor Kosmo pada Selasa.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengesahkan akan melawat Malaysia.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selama tiga hari bermula 26 Oktober ini.

Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara bermula 23 Oktober bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat