“Bagitau Fattah Amin Air Kami Tiada” – Penduduk Sandakan Luah Rasa Marah Krisis Air & Elektrik

SANDAKAN, – Krisis bekalan elektrik dan air di Pantai Timur Sabah terus menimbulkan keresahan apabila sekumpulan penduduk di Sandakan mengadakan flash mob sebagai tanda protes. Mereka dilihat mengangkat sepanduk bertulis antaranya: “Bagitau Fattah Amin Air Kami Tiada”, “Hey Menteri Rakyat Melihat Kalian” serta “Air Dan Karan Hak Asasi Rakyat”.

Luahan itu menggambarkan rasa kecewa rakyat yang terpaksa berdepan gangguan bekalan sejak Sabtu lalu. Malah, ada yang mendakwa hanya air mineral jenama tertentu seperti Spritzer sahaja masih ada di pasaran, menunjukkan tahap kesulitan yang semakin meruncing.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan keadaan di kawasannya kini umpama “the lost world” kerana terputus komunikasi dengan dunia luar.

“Kota Kinabatangan ketika ini menjadi kawasan the lost world tidak ada komunikasi langsung dengan dunia luar,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Difahamkan, krisis ini berpunca daripada kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang, yang menyebabkan menara penghantaran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tergelincir. Perkara itu menjejaskan hampir 230,000 pengguna melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan pasukan teknikal SESB kini bekerja 24 jam tanpa henti

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat