Saintis Temui Snailfish Si ‘Comel’ , Spesis Baru Di Dasar Laut Dalam

Sekumpulan saintis dari Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) berjaya menemui tiga spesies snailfish baharu di kedalaman kira-kira 3.27 kilometer di dasar laut.

Antara penemuan tersebut, seekor snailfish berwarna merah jambu dengan kulit bertekstur kasar menjadi tumpuan kerana saiznya yang kecil – hampir sebesar sebungkus kad permainan – namun kelihatan cukup comel.

Menurut laporan, penemuan itu dibuat menerusi penggunaan kenderaan kawalan jauh ROV “Doc Ricketts” serta kapal selam “Alvin” yang digunakan bagi merakam imej selain membawa pulang spesimen untuk kajian lanjut.

Walaupun berada dalam persekitaran gelap gelita, suhu hampir beku serta tekanan air yang 300 kali ganda lebih tinggi berbanding di permukaan laut, spesies berkenaan mampu menyesuaikan diri dengan baik.

Pihak MBARI menjelaskan, penemuan ini membuktikan masih banyak misteri dan kehidupan unik yang belum diterokai di lautan dalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat