Jika runding baik-baik tak berlaku kekecohan, itu soal maruah dan hak penduduk- Hamzah

KUALA LUMPUR- Kekecohan di Kampung Sungai Baru ini sebenarnya boleh dielakkan melalui perundingan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi pemilikan kosong sebenarnya boleh ditangguhkan kerana penduduk sudah pun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Penduduk berhimpun hanyalah demi menyuarakan ketidakpuasan hati kerana isu Kampung Sungai Baru ini bukan semata-mata soal pembangunan, tetapi ianya menyentuh maruah dan hak ke atas kediaman serta harta benda mereka.

“Isu ini tidak boleh dipandang enteng dan mesti ditangani secara adil dengan memastikan aspek kebajikan, nilai kemanusiaan serta hak asasi rakyat dilindungi dan dihormati oleh semua pihak,” kata Timbalan Presiden Bersatu itu dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Hamzah juga menzahirkan rasa kesal dengan insiden kekecohan dalam operasi pengusiran di Kampung Sungai Baru dan beliau juga bersimpati dengan anggota polis serta orang awam yang tercedera dalam kekecohan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat