Teladani Rasulullah Dalam Membina Bangsa dan Negara – Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia agar menjadikan perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam mendepani cabaran membina bangsa dan negara.

Menurut laporan Bernama, beliau menekankan bahawa kepimpinan Rasulullah ketika membangunkan masyarakat di Madinah berasaskan kepada prinsip kemanusiaan, keadilan, ilmu serta nilai akhlak.

“Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah iaitu masyarakat atau umat unggul.

Umat ini dicirikan dengan keimanan, nilai-nilai khayr (kebaikan), memberi manfaat kepada kemanusiaan sejagat, serta beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma’ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M pada Khamis.

Anwar menambah, penghayatan serta pemahaman mendalam terhadap warisan Rasulullah akan memberi inspirasi kepada umat Islam untuk lebih tekun berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan terhadap masa depan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat