Sengaja pasang bendera terbalik boleh berjangkit jika tak di heret ke muka pengadilan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Pihak yang sengaja memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah klinik pergigian di Pontian, perlu segera dibawa ke muka pengadilan supaya kejadian yang bersama tidak berulang di tempat lain.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu penting sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam soal menjaga simbol kedaulatan negara.

Katanya, tindakan membawa ke muka pengadilan dapat meredakan kebimbangan rakyat yang menganggap ia satu perbuatan tidak wajar lebih-lebih lagi ketika negara menyambut bulan kemerdekaan.

“Kalau dibiarkan tanpa tindakan, ia boleh berjangkit ke tempat lain dan menimbulkan keresahan masyarakat. Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) sudah menutup premis itu bagi tempoh selama 30 hari.

“Namun proses seterusnya perlu disegerakan termasuk mendakwa pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian, lapor Utusan.

Petang semalam tular di media sosial, sehelai Jalur Gemilang yang dipasang pada tingkap atas bangunan dua tingkat melibatkan sebuah premis dipasang secara terbalik bersebelahan dengan bendera negeri Johor di Pusat Perdagangan Pontian, di sini.

Insiden itu menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa orang awam dipercayai marah dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, keadaan terkawal susulan beberapa anggota dari Balai Polis Pontian serta penguat kuasa daripada Majlis Perbandaran Pontian (MPP) hadir bagi memantau keadaan.

Sebelum itu polis dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung insiden tersebut mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abdul Hamid Abdul Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pekerja klinik dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina simbol kebangsaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat