5,000 pekerja Petronas diberhentikan kerana pertindihan fungsi kerja, peralihan teknologi AI – Anwar

KUALA LUMPUR – Peralihan teknologi baharu termasuk digitalisasi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi punca pemberhentian kira-kira 5,000 pekerja Petronas.

Perdana Menteri berkata, pemberhentian ini adalah sebahagian daripada proses rasionalisasi dan penstrukturan semula organisasi antaranya atas faktor pertindihan fungsi tenaga kerja.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu memberitahu, pemberhentian itu dilakukan secara berperingkat dengan beberapa langkah mitigasi seperti penempatan semula pekerja terlibat akan disalurkan ke syarikat-syarikat lain, termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pekerja terlibat juga diberi jaminan gaji sekurang-kurangnya setahun dan kemudahan lain termasuk rawatan perubatan serta perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk diberi latihan dalam bidang-bidang baharu.

“Pemberhentian bermula dengan pekerja kontrak yang tamat tempoh perkhidmatan, diikuti fasa kedua melibatkan pekerja tetap dengan jaminan tertentu bagi kebajikan diri dan keluarga mereka,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) tentang rasionalisasi dan langkah penstrukturan semula Petronas yang bakal menjejaskan lebih 5,000 kakitangan yang terpaksa diberhentikan.

Anwar menjelaskan, langkah itu bukanlah pembuangan pekerja secara konvensional kerana ia dilaksanakan dengan pelan perlindungan menyeluruh.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, trend sedemikian turut berlaku dalam syarikat minyak antarabangsa seperti British Petroleum melibatkan 6,200 pekerja menjelang akhir tahun ini, Chevron (8,000 hingga 9,000 pekerja) serta Exxon Mobil, Shell, Aquino, ConocoPhillips dan NSB.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat