BN Sabah tegas pertahan kerusi, sedia bertembung GRS di PRN17 – Suhaimi

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kerusi yang telah dimenangi parti itu, walaupun berdepan kemungkinan pertembungan penuh dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata BN kekal dengan pendirian bahawa kerusi tradisi akan terus ditandingi parti itu.

Menurutnya, BN tidak akan bertembung dengan Pakatan Harapan (PH), namun mengakui akan berlaku pertembungan di semua kerusi dengan GRS sekiranya gabungan itu bertanding 40 kerusi.

“Dengan Harapan tiada pertembungan, tetapi dengan GRS kita akan bertembung semua.

“Kerusi yang kita sudah menang tidak akan diambil alih parti lain. Itu bukan tradisi BN. Tiada kompromi,” jelasnya ketika ditemubual Suara TV, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan politik semasa di Sabah, termasuk kedudukan GRS yang sebelum ini mengumumkan akan bergerak solo tetapi akhirnya bekerjasama dengan PH.

Beliau turut mengingatkan bahawa bergabung dengan GRS hanya akan menjadi liabiliti kepada BN kerana GRS ketika ini terpalit dengan de Van pelbagai isu rasuah dan pentadbiran di negeri itu.

“Kalau bergabung, kita kena jawab masalah mereka isu air, elektrik, jalan yang rakyat marah sekarang,” ujarnya.

Suhaimi berkata perkembangan itu juga memberi kelebihan kepada Warisan yang kekal konsisten bertanding secara solo, sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut.

Namun, beliau optimis BN mampu mendominasi PRN kali ini.

“Rakyat sudah menilai semua parti dari PBS, Berjaya, USNO, BN, Warisan hingga GRS.

“Mereka tahu perbandingan pencapaian setiap kerajaan.

“BN telah membuktikan pembangunan yang nyata berbanding parti lain,” jelasnya.

Suhaimi mendedahkan, BN Sabah tidak akan bertembung dengan PH, namun bakal berdepan pertembungan di semua kerusi dengan GRS.

“Kalau GRS bertanding 40 kerusi, semua akan bertembung dengan kita. Dengan Harapan tiada pertembungan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang gabungan dengan GRS berisiko menjejaskan imej BN kerana isu rasuah dan kegagalan pentadbiran yang dikaitkan dengan gabungan itu.

“Kalau bergabung, kita akan terpalit sama. Rakyat marah dengan masalah air, elektrik, jalan raya. Nanti kita pula yang kena jawab,” katanya.

Beliau menambah, BN Sabah kini dalam proses memuktamadkan manifesto yang akan diumumkan sebelum pembubaran DUN tidak lama lagi.

Apabila ditanya apakah antara fokus utama manifesto, beliau berkata ia termasuk menyelesaikan isu bekalan air, elektrik, dan infrastruktur bagi menarik pelabur ke negeri itu.

“Bila penyakit tiga serangkai ini selesai, pelabur akan datang. Tanpa infrastruktur cukup, Sabah susah nak maju,” jelasnya.

Beliau turut mengesahkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan menjadi calon Ketua Menteri sekiranya BN memenangi PRN.

Selain itu, beliau memaklumkan BN Sabah bakal menampilkan lebih 70% calon muka baharu berumur 40 hingga 50 tahun bagi menarik sokongan pengundi muda, dengan jaminan semua calon memiliki integriti tinggi dan bebas daripada isu lompat parti.

Suhaimi yakin keputusan PRN Sabah akan menjadi penentu momentum BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau kita menang PRN, insyaAllah BN boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen di Pantai Timur Sabah, kecuali Semporna,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat