Senator Negeri Sembilan asal Johor, tanda kepimpinan Menteri Besar lemah – Chegu Bard

PORT DICKSON, – Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk Vincent Wu Him Ven ahli politik DAP dari Johor sebagai Senator mewakili Negeri Sembilan.

Menurutnya, pelantikan tersebut tidak mencerminkan sumbangan kepada negeri dan mencetuskan bantahan dalam kalangan akar umbi, termasuk veteran DAP Negeri Sembilan sendiri.

“Vincent Wu bukan anak Negeri Sembilan, tidak dikenali dengan jasa atau peranan di negeri ini. Tapi kerana pengaruh DAP pusat, dia dicalonkan dan diluluskan dalam sidang DUN. Ini jelas menunjukkan campur tangan atasan dan bukannya suara rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Che’gu Bard turut menyentuh sidang media oleh Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan yang diketuai Lee Kong Hin yang membantah pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan simbolik mereka menutup mulut dengan tuala wanita mencetuskan kontroversi.

“Kenapa tuala wanita? Apa mesej yang nak disampaikan? Itu simbol yang sensitif, bukan alat untuk mainan politik. Ini satu penghinaan terhadap wanita. Tambahan pula, tindakan ini tidak langsung sensitif terhadap budaya masyarakat Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja tidak sopan, malah membazir dan secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap harga barangan keperluan wanita.

“DAP mendakwa perjuang hak wanita, tapi dalam isu ini, wanita dijadikan simbol perebutan kuasa lelaki. Ini jelas mencerminkan pemikiran patriarki dalam parti itu sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menempelak pelantikan Jufitri Johari, Ketua Cabang PKR Rembau, sebagai senator yang menurutnya hanya meredakan ketegangan dalaman PKR Negeri Sembilan.

“Semua tahu Aminuddin Harun kalah di banyak cabang dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Jufitri antara tokoh yang disebut-sebut untuk ganti beliau. Tapi bila diberi jawatan senator, terus senyap. Inilah budaya politik habuan yang merosakkan,” katanya lagi.

Che’gu Bard turut melahirkan kebimbangan terhadap fungsi Dewan Negara yang semakin hari semakin dilihat sebagai tempat ganjaran politik, bukan ruang semak dan imbang yang berkesan.

“Lantikan senator hari ini lebih kepada ganjaran politik berbanding merit dan jasa kepada negeri atau rakyat. Dewan Negara semakin hilang kredibiliti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat