Shulaily ketuai AKPS mulai 1 Julai, diyakini mampu perkukuh kawalan sempadan negara, berintegriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pengarah, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk tempoh 2 tahun mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar Shuhaily , 53 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Sains Strategic Studies, Nanyang Technological University, Singapore.

“Selain itu, beliau juga memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan Polis selama 26 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat sebagai Pegawai Atase (Polis) dari tahun 2010 hingga 2013. Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak15 Ogos 2023.

“Saya yakin bahawa dengan kompetensi serta pengalaman luas beliau dalam pelbagai unit di PDRM, termasuk di peringkat nasional dan antarabangsa, beliau mampu menerajui kepimpinan AKPS dengan lebih cemerlang.

“Kepimpinan beliau juga diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti dalam perkhidmatan berteraskan nilai-nilai Madani,” kata Shamsul Azri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat