Telegram Antara Paling Lemah Patuhi Permintaan SKMM – Fahmi

- Advertisement -

CYBERJAYA — Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menzahirkan kekecewaan terhadap sikap sambil lewa aplikasi Telegram dalam menangani kandungan berbahaya di platform tersebut.

Fahmi berkata, Telegram mencatatkan kadar pematuhan terendah berbanding platform lain, apabila kurang daripada 50% permintaan oleh pihak kerajaan untuk menurunkan kandungan sensitif dipatuhi.

“Saya mengarahkan SKMM memanggil Telegram untuk satu mesyuarat minggu hadapan bagi membincangkan isu ini,” katanya ketika ditemui selepas satu acara di Pantai Dalam, pagi tadi.

Telegram Disaman — Tindakan Pertama Sebegini oleh SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini memfailkan saman sivil terhadap syarikat Telegram serta dua salurannya — ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ — yang didakwa menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan keyakinan terhadap institusi negara.

Menurut kenyataan SKMM, saluran terbabit didapati telah melanggar undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan ini merupakan kali pertama tindakan perundangan diambil terhadap penyedia media sosial.

“Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial. Ia susulan kegagalan serius Telegram menangani kandungan berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan SKMM,” jelas kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat