Ais Antartika mencair bakal akibatkan paras laut dunia meningkat drastik

- Advertisement -

OSLO – Lembaran Ais Barat Antartika mengandungi 750,000 batu padu ais yang cukup untuk memenuhi Stadium Wembley hampir tiga bilion kali kini berada di ambang keruntuhan dan disifatkan sebagai ‘tidak dapat dipulihkan’ oleh para saintis.

Runtuhan struktur ais gergasi itu diramal menyebabkan paras laut dunia meningkat secara drastik sehingga empat meter dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang, sekali gus menggugat kawasan pesisir pantai dan mengancam kehidupan jutaan manusia di seluruh dunia.

Paling membimbangkan, ia boleh dicetuskan hanya dengan peningkatan suhu lautan yang sedikit berbanding paras semasa.

“Peningkatan hanya 0.25 darjah Celsius dalam suhu laut dalam daripada tahap sekarang sudah cukup untuk mencetuskan keruntuhan,” kata penyelidik utama, David Chandler dari Pusat Penyelidikan Norway (NORCE), lapor Agensi.

Dalam senario masa depan, paras laut yang lebih tinggi bakal menenggelamkan kawasan bandar dan pekan dengan lebih mudah, memaksa penduduk berpindah lebih jauh ke pedalaman malah, negara-negara kepulauan kecil juga mungkin lenyap sepenuhnya, mendorong penduduknya untuk menjadi pelarian iklim.

Lembaran ais merupakan jisim besar ais glasier yang meliputi lebih 50,000 kilometer persegi dan di bumi ini, terdapat dua lembaran ais utama, iaitu Lembaran Ais Greenland dan Lembaran Ais Antartika yang bersama-sama mengandungi kira-kira 99 peratus daripada bekalan air tawar dunia.

Lembaran Ais Barat Antartika yang terletak di bahagian barat Antartika lebih mudah terkesan dengan perubahan iklim berbanding bahagian timurnya kerana ia terletak di atas dasar laut, bukan tanah pegun, dalam erti kata lain, lembaran ais ini ‘terapung’ di atas air yang kini semakin panas akibat pemanasan global.

Ancaman utama kini ialah air laut yang semakin panas mampu sekali lagi mengubah keadaan itu ke arah keruntuhan dan sekiranya ini berlaku, kesannya bukan sahaja melibatkan kehilangan sumber air tawar utama, malah bakal mengancam komuniti pesisir dan kestabilan ekonomi global.

Pada tahun 2023, pakar-pakar dari Kajian Antartika British (BAS) turut menjangkakan Lembaran Ais Barat Antartika akan terus mencair dengan lebih cepat sepanjang abad ini, tidak kira sejauh mana pengurangan penggunaan bahan api fosil dilaksanakan.

Sekiranya lembaran ais ini cair sepenuhnya, ia mampu meningkatkan paras laut global sehingga 5.3 meter namun, saintis menjangkakan peningkatan sebanyak satu meter menjelang akhir abad ini lebih berkemungkinan berlaku.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat