Transformasi digital bukan sekadar pengumuman retorik, usaha bersepadu dikongsi bersama negara jiran – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negara terus berusaha memperkukuh peranan sebagai peneraju transformasi digital di rantau ASEAN, selaras dengan keutamaan Kepengerusian ASEAN yang kini diterajui negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yang kini dalam persiapan bertemu pemimpin ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China minggu ini, sektor transformasi digital akan terus menerapkan transformasi secara aktif.

“Transformasi digital bukan sekadar pengumuman retorik tetapi satu usaha bersepadu yang akan dikongsi bersama negara jiran.

“Kita mahu ASEAN di bawah Malaysia, akan menjadi hab digital yang lebih kompetitif,”katanya di Majlis Pelancaran Maistorage Technology di Putrajaya pada Khamis.

Turut hadir pada acara perasmian adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Tambah Anwar, kejayaan transformasi digital turut didorong kestabilan serta kejelasan dasar yang diperkenalkan Malaysia.
Ini termasuk pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), peta hala tuju digital dan kerangka dasar yang menunjukkan tekad kerajaan dalam meletakkan keutamaan strategik negara.

“Kita mesti mengelakkan rasuah, salah guna kuasa dan memastikan dasar dilaksanakan dengan efisien. Hanya dengan itu, Malaysia boleh menjadi syurga pelaburan untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan digital yang bermakna, bukan sekadar pusat estetik tetapi, membawa nilai tinggi,” kata Menteri Kewangan itu lapor Astro Awani.

Sementara itu, Anwar memuji komitmen syarikat-syarikat teknologi yang kini mula memberi peluang kepada jurutera dan tenaga profesional untuk memiliki saham dalam syarikat masing-masing.

“Ini satu pendekatan baharu yang menjurus kepada prinsip keadilan dan kepedulian seperti yang terkandung dalam kerangka Madani.

“Usaha ini bukan sahaja membawa keuntungan kepada syarikat, tetapi turut memberi penghargaan kepada golongan profesional dan teknologis. Ini bukan sesuatu yang lazim kita lihat, tetapi inilah anjakan paradigma yang patut kita galakkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat