Vendor kendali sistem pemilihan PKR dilantik senyap-senyap, tak bincang dengan biro politik – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan vendor yang dilantik untuk mengendalikan sistem pemilihan parti itu telah dibuat secara senyap.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pelantikan vendor terbabit pada Disember tahun lalu langsung tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan Biro Politik parti itu untuk dibuat penilaian bersama.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi juga mengakui isu telah diadukan kepada Setiausaha Agung parti Fuziah Salleh di mana ketika itu tidak timbul untuk mengadakan pemilihan parti.

“Saya hendak minta maaf kepada kawan-kawan kenapa tidak dibincangkan jadi macam ini (sistem). Kita sudah memberi pandangan yang berbeza pada setiap keputusan. Pemilihan kita kata fikirkan balik.

“Kemudian sistem dan saya tidak pernah sebut sebenarnya, tetapi kawan-kawan yang lain tahu bahawa lantik vendor yang hendak buat sistem itu telah dibuat sebelum dibentangkan kepada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Kalau sanggah, saya ada surat lantikan vendor sama ada November atau Disember 2024. Masa itu tidak ada dengar cerita pemilihan lagi, senyap-senyap lantikan berlaku.

“Kemudian saya dengar ada sistem dan saya orang pertama yang tanya macam ada lantikan (vendor) sedangkan belum dibawa ke Biro Politik atau MPP sedangkan untuk menguruskan sesuatu ini perlu diangkat dan dinilai ada beberapa vendor dan macam manadan bagaimana supaya kita dapat tentukan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa berucap pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Perak lapor MalaysiaGazette.

HIRUK merupakan inisiatif yang digerakkan pasukan Menteri Ekonomi itubagi memastikan PKR kekal berpegang kepada idealisme reformasi, khususnya ketika berada dalam tampuk pemerintahan negara.

Jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya itu akan turut dicabar oleh bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menjelang pemilihan pad 24 Mei ini.

Mengulas lanjut isu sistem ketika pemilihan parti yang menjadi isu, Rafizi mengakui telah mengambil tindakan dengan menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Jelas beliau ini kerana, berlaku aduan di kalangan pemimpin yang bertanding apabila berlaku kucar-kacir pada minggu pertama pemilihan di mana berlaku ‘kepala dipotong;.

“Saya telefon Zaliha dan dia pun akui tak faham sangat (pasal sistem) dan kalau dia lupa saya telefon beliau pada waktu petang lepas Maghrib,” katanya.

Semalam, Zaliha berkata, lebih 280 aduan yang diterima JPP PKR sepanjang proses pemilihan parti itu yang melibatkan pelbagai peringkat termasuk semasa pencalonan, kempen dan keputusan cabang telah diteliti satu per satu.

Sebelum ini, penggunaan teknologi baharu dalam sistem pemilihan PKR kali ini menimbulkan isu kerana berlaku silapan teknikal yang dikesan hingga rasa tidak puas hati di kalangan calon yang bertanding.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat