Richworks, Azizan, isteri, kakak berdepan tuntutan RM24 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas Richworks International Sdn. Bhd, Datuk Azizan Osman dan isteri, Hasdiana Ahmad antara empat berdepan tuntutan saman berjumlah lebih RM24 juta daripada bekas pengarah syarikat itu, Datuk Zafrol Rizal Mat.

Tuntutan tersebut dikemukakan Zafrol Rizal atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal selaku plaintif melalui notis writ saman yang difailkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Beliau menamakan Richworks Academy Sdn. Bhd. (RASB), Azizan, Hasdiana dan kakak iparnya, Hasnita Ahmad selaku Pengarah Eksekutif sebagai defendan dalam tuntutan berkenaan.

Menerusi pemfailan tersebut, beliau mengemukakan 18 tuntutan meliputi pendapatan, pendahuluan pinjaman, tunggakan kad-kad kredit, perbelanjaan bagi hartanah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, terapi dan persekolahan anak Azizan serta ganti rugi teladan, ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, Jerry Rizal juga menuntut deklarasi daripada defendan secara bersama atau berasingan bagi pemilikan harta atau pindah milik hartanah melibatkan sebuah Toyota Alphard, Ferrari Roma, sebuah unit kondominium di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam tangan Hublot Spirit of Big Bang dan Rolex Datejust serta cincin Habib Jewels satu karat.

Malah, beliau menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dari tarikh pemfailan writ itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Jerry Rizal dalam Pernyataan Tuntutan menyatakan, plaintif memberikan pinjaman atau pendahuluan kewangan kepada RASB sebanyak RM1.32 juta melalui cek bertarikh 21 Disember 2022 dan 19 Disember 2023 selain RM620,000 bagi pembayaran cukai pendapatan Hasdiana.

“Terdapat pendahuluan diberikan atau dimanfaatkan RASB atas pelbagai tujuan mencecah RM203,828.98 bagi tujuan seperti pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan, ansuran bulanan dan cukai jalan Mercedes GLB milik RASB dan lain-lain.

“Kad-kad kredit plaintif juga digunakan bagi membiayai sebahagian kos operasi harian RASB sejak 2021. Namun terdapat tunggakan penggunaan atau caj mencecah sekitar RM1.6 juta,” lapor Utusan pada Rabu.

Malah, dalam pernyataan sama, beliau turut memberitahu membelanjakan wang untuk manfaat peribadi Hasnita antara 2018 hingga 2023 seperti penjagaan anaknya termasuk yuran bagi sesi terapi dan persekolahan berjumlah RM396,551.80.

“Plaintif memplidkan, perbelanjaan tersebut diberikan secara non-gratuitous yang mana perbelanjaan-perbelanjaan tersebut adalah dalam pengetahuan atau sepatutnya dalam pengetahuan Hasnita.

“Dokumen-dokumen berkenaan perbelanjaan ini akan dikemukakan ketika perbicaraan kelak,” tambahnya menerusi pemfailan yang dibuat melalui Tetuan Nazmi Zaini Chambers.

Jerry Rizal dalam pernyataan sama mendakwa dilantik sebagai Pengurus Besar (General Manager) sekitar 2011 sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengarah bagi operasi serantau syarikat pada 2013.

“Plaintif memplidkan, walaupun jawatan yang disandang tersebut adalah sebagai pengarah, namun syarikat tidak mendaftarkan namanya sebagai pengarah dalam daftar syarikat RASB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Oleh itu, jawatan pengarah tersebut hanya pada nama semata-mata tanpa sebarang pendaftaran rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat