Slogan ‘Sabah untuk rakyat Sabah’ boleh diubah Anwar dalam tempoh 24 jam – Ronald Kiandee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee mendakwa sentimen negeri itu hanya untuk parti tempatan sebagai slogan politik semata-mata bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden Bersatu itu mempersoalkan ketepatan slogan berkenaan susulan perkembangan terkini membabitkan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun ada desakan mengatakan Sabah hanya layak dipimpin parti tempatan tetapi ternyata PMX (Anwar Ibrahim) boleh ubah penjajaran prinsip itu dalam tempoh 24 jam.

“Jadi, di mana ketepatan slogan mereka di mana negeri tidak tunduk kepada Kuala Lumpur (pusat)? Nyata mereka tiada kuasa malah dikawal untuk tentukan hala tuju politik sendiri,” dakwa Ahli Parlimen Beluran lapor FMT pada Selasa.

Bagaimanapun, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor semalam menekankan sebarang kerjasama dengan BN-PH seperti dicadangkan Perdana Menteri, Ahad lalu akan diputuskan Majlis Tertinggi komponen itu.

Jumaat lalu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan kerjasama PH-BN manakala Hajiji dalam kenyataan susulan tidak menolak kemungkinan GRS bertanding solo.

Bagaimanapun, dua hari kemudian Anwar berkata beliau mencadangkan kerjasama itu turut membabitkan GRS untuk memastikan kestabilan politik di peringkat persekutuan dan negeri.

Kerjasama dengan GRS pada PRN Sabah turut dicadangkan Timbalan Pengarah Operasi pilihan Raya PN Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, tindakan itu sebagai isyarat menyokong Sabah mempunyai ‘payung’ mereka sendiri.

Beliau secara peribadi turut berpandangan pilihan lain adalah PN memberi laluan kepada GRS.

Bagaimanapun, Kiandee menepis cadangan itu dan meminta Annuar tidak terperangkap dalam membuat kenyataan segera berhubung cadangan kerjasama PN-GRS pada PRN.

Menurutnya, ini kerana dinamik politik Sabah yang sentiasa berubah setiap hari menyebabkan sukar mana-mana pihak termasuk PN membuat pendirian tetap.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat